Thursday, 15 August 2013

KENAPA PERLU BELAJAR TEKNIK AL BAGHDADI


Mempelajari Asas Al-Quran dengan menggunakan Teknik Al-Baghdadi mempunyai kelainannya tersendiri. Kelab Al-Baghdadi diwujudkan untuk memberi peluang kepada orang ramai mempelajari Al-Quran dengan lebih berkesan. Terdapat 10 sebab mengapa anda perlu mempelajari asas al-Quran melalui Teknik Al Baghdadi.
Mudah
Teknik Al-Baghdadi merupakan sebuah teknik mempelajari asas al-Quran yang sangat mudah. Dengan menggunakan pendekatan SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)  anda dapat menyebut dan menguasai 336 bunyi dengan baik dan tepat. Seterusnya, dapat membaca Al-Quran dengan baik.

Padat
Bagi seseorang itu mahir membaca Al-Quran dengan sebutan makhraj (tempat keluar bunyi) yang betul, teknik ini hanya memerlukan sebuah buku yang ringkas tetapi padat. Hanya dengan jumlah 22 muka surat didalam buku Tamhid (asas) sahaja sudah cukup untuk menguasai asas Al-Quran.

Menarik
Teknik ini sangat menarik, anda akan menggunakan kombinasi pancaindera penglihatan, pendengaran, pertuturan dan kinestetik (pergerakan). Keistimewaannya terdapat pada beberapa peralatan seperti alat ketuk, kad imbasan dan set permainan ʻPlaytimeʼ. Pembelajaran pasti lebih menyeronokkan dan meriangkan.

Cepat
Oleh sebab bilangan muka surat yang sedikit, secara lojik jika anda mempelajari 1 muka surat selama 1 hari, maka dalam tempoh 22 hari sahaja anda boleh membaca al-Quran. Jika 1 muka surat dapat dikuasai dalam masa 1 jam, maka  anda hanya memerlukan 22 jam (kurang dari sehari).

Sesuai
Kaedah TERBAIK adalah kaedah yang paling sesuai dengan individu itu. Terbukti Teknik Al-Baghdadi amat sesuai untuk setiap peringkat umur dan setiap tahap pembacaan. Bagi mereka yang masih belum tahu membaca al-Quran, inilah pilihan TERBAIK, Insya-Allah. Manakala, mereka yang telah mahir membaca al-Quran inilah teknik yang dapat membantu anda meningkatkan tahap kemahiran dan dalam masa yang sama dapat membantu orang lain membaca Al-quran.

Terbukti
Telah 4 tahun teknik Al-Baghdadi digunakan di Malaysia, ia telah membantu lebih 200,000 umat Islam membaca Al-Quran dengan lebih sempurna iaitu dengan bacaan secara ʻTartilʼ. Kini, masyarakat telah menerima Teknik Al-Baghdadi sebagai pilihan terbaik. Banyak testimoni positif yang telah diperolehi mengenai kelebihan teknik ini. Proses pembelajaran yang amat menyeronokkan dapat membantu seseorang itu fokus ketika menyebut makhraj huruf hijaiyah dan pola setiap sebutan huruf.



Tuesday, 13 August 2013

Alat Pembelajaran

TAMHID AL-BAGHDADI
Buku Tamhid Al-Baghdadi adalah merupakan Bahan Kemahiran Asas Membaca Al-Quran yang mengandungi 11 bab pembelajaran yang menekankan 6 prinsip asas yang perlu dikuasai oleh seseorang bagi membolehkannya membaca Al-Quran, asas-asas tersebut adalah:
  • Keupayaan mengenal dan membaca 29 huruf hijaiyyah dengan baik.
  • Kemampuan membaca tanda baris asas bacaan iaitu Fathah, Kasrah dan Dhommah
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan baris dua atau Tanwin
  • Keupayaan mengenal dan membaca tanda bacaan panjang atau Mad
  • Kemampuan membaca tanda bacaan mati atau Sukun
  • Kemahiran menguasai tanda bacaan berganda atau Sabdu
Buku Tamhid Al-Baghdadi menerapkan pelbagai teknik pengajaran dan teknik bacaan bagi memberi kesan yang lebih baik bagi seseorang yang ingin menguasai bacaan Al-Quran dalam tempoh yang singkat. Antara kaedah dan teknik asas yang digunakan ialah Teknik Ketukan.


SET KAYU KETUK



Set Alat Ketuk adalah satu alat bantu mengajar yang direka khas bagi tujuan memberikan kesan yang lebih baik di dalam proses pengajaran dan pembelajaran Al-Quran. Tenik ketukan didapati mempu mendisplinkan pembaca Al-Quran bagi menguasai bacaan dengan lebih fasih dan tertib serta mampu melahirkan pembaca yang berdisplin di dalam bacaannya.

Terdapat pelbagai teknik yang juga diaplikasikan di dalam tamhid al-baghdadi ini, antaranya;Teknik Bacaan Berirama, Teknik Titian Unta dan Kaedah SAS (Struktur, Analisis dan Sintesis)


TAJWID AL-BAGHDADI
Buku Tajwid Al-Baghdadi adalah merupakan siri pelengkap kepada Tamhid Al-Baghdadi yang mengandungi 10 bab pembelajaran yang menekankan asas dan amali di dalam pembelajaran dan pengajaran tajwid Al-Quran.

Buku Tajwid Al-Baghdadi menumpukan kepada pengenalan asas bacaan dan asas hukum tajwid secara ringkas dan mudah dengan menjauhkan para pelajar daripada hafalan teori ilmu tajwid yang agak kompleks. Pendekatan ini di harapkan dapat memberikan kesan yang lebih kepada seseorang yang ingin menguasai asas tajwid dalam Al-Quran dalam tempoh yang singkat.





KIT BOX ALADIN PLAYTIME & KAD AL-BAGHDADI [Untuk Kanak-Kanak]
Kit Box Aladin Playtime serta Kad Al-Baghdadi ini adalah alat pembelajaran yang khusus untuk kanak-kanak yang mana ianya membolehkan mereka bermain sambil belajar secara tidak langsung. pendekatan ini sangat efektif dan boleh memberi kesan yang cepat terhadap mereka untuk menguasai pembacaan Al-Quran.

Kit Box mengandungi 2 dadu, 4 bean bag bagi permainan Aladin Playtime manakala Kad Al-Baghdadi pula mengandungi:

  • 312 keping kad Al-Baghdadi bagi 11 kelompok pembelajaran asas Al-Quran
  • Buku Panduan Lengkap untuk guru dan ibubapa termasuk 12 permainan kreatif
  • "Blue Tack" bagi memperbagaikan aktiviti permainan
ADIK NURUL ATHIRAH BINTI ABDUL RAHIM :7 TAHUN 





Alhamdulillah, Dengan Teknik Al-Baghdadi Saya Boleh Membaca Al-Quran Dalam TempohHari Sahaja, Terima Kasih Al-Baghdadi, Terima Kasih 22 Ustazah

APA KATA GURU AL-QURAN


"Teknik Al-Baghdadi Memudahkan saya mengajar Al-Quran dan mengawal disiplin murid saya, 
 mengajar dengan teknik Al-Baghdadi tidak memenatkan saya serta murid tidak jemu untuk melakukan latih tubi…Alhamdulillah denganizin Allah swt., dua murid saya telah mampu membaca Al-Quran dalam tempoh 22 hari diperkenalkan dengan Teknik Al-Baghdadi, Sangat Berkesan


Ustazah Rohaya Man
Guru Al-Quran, Alor Setar Kedah

TESTIMONI

ADIK SOFFIYAH JAMILAH 5 TAHUN



TERTARIK  DENGAN  CARA  MUDAH  BELAJAR  AL-QURAN  TEKNIK  AL-BAGHDADI


Assalamu’alaikum.
Saya, Puan Anisah dari Kuantan telah mengikuti  beberapa siri kursus anjuran Syihab Resourcers.
Selesai mengikuti Kursus Perunding pada 15-16 Mei 2010 saya berazam melakukan testimoni pertama kepada anak perempuan saya Sofiyyah Jamilah yang berusia 5 tahun.  Anak saya sudahpun mengenali huruf-huruf hijaiyyah sebelum ini.

Setelah diperkenalkan teknik ini, dia lebih tertarik belajar dan seronok menggunakan alat ketukan tidak langsung membantunya mengenal, mengingat dan menguasai bacaan secara lebih berdisiplin,  terkawal dan baik sepanjang proses pembelajaran.  Membaca sambil mengetuk pada peringkat permulaan secara

Saya dapati bantuan alat ketukan menjadikannya lebih berminat belajar dan berusaha untuk cepat menghabiskan kandungan buku Tamhid Al-Baghdadi. Dalam tempoh 2 – 3 minggu anak saya berjaya menghabiskan kandungan buku tersebut seterusnya bermotivasi mengulang-ulang bacaan yang telah dibaca tanpa paksaan. 

Minggu seterusnya saya mengujinya dengan potongan ayat-ayat Al-Quran secara rawak termasuk sebahagian besar kandungan buku Iqra’  4, 5 dan 6. Alhamdulillah dia dapat mengenal dan membacanya dengan baik. Kini dia sudah dapat menguasai bacaan Al-Quran dengan agak baik hingga juzuk ke-4 di samping berminat menghafal surah-surah lazim.



Insya-Allah saya berazam untuk terus mengenengahkan dan berkongsi ilmu tentang teknik Al-Baghdadi ini dengan anak-anak didik, rakan-rakan  dan sesiapa sahaja yang memerlukan.

Tahniah kepada pengasas Syihab Resourcers dan seluruh warga kerjanya dengan izin Allah telah memperkenal dan mengembangkan teknik mudah dan menarik dalam mempelajari dan menguasai bacaan Al-Quran. Mudah-mudahan usaha ini menjadi salah satu cara efektif yang akan dapat membantu menangani masalah penguasaan bacaan Al-Quran dalam kalangan masyarakat Islam masa kini.

Teruskan usaha memartabatkan Al-Quran . 
Terima kasih
Wassalam.

Anisah Manaf  
013-9569847
29.10.2010 / 21 Zulqaedah 1431.

REBUTLAH PELUANG BELAJAR ILMU AL-QURAN BERSAMA AL- BAGHDADI